SKUAD berbasikal Itali berjaya memecahkan rekod dunia untuk memenangi emas dalam acara kejar mengejar berpasukan lelaki di Velodrome Izu hari ini.
Pasukan Itali yang dibarisi Simone Consonni, Filippo Ganna, Francesco Lamon dan Jonathan Milan menamatkan saingan dengan catatan masa 3 minit 42.032 saat.
Kejayaan itu menyaksikan Itali menewaskan juara dunia, Denmark dalam aksi dramatik yang menamatkan saingan dengan catatan masa 3 minit 42.203 saat sekali gus meraih pingat emas acara berkenaan.
Sementara itu, pasukan Australia yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 di Rio meraih pingat gangsa pada temasya Oimpik Tokyo selepas mengecewakan pasukan New Zealand. – AGENSI