fbpx

Kasut sneaker berharga RM2.58 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Sepasang kasut milik legenda bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan dijual pada harga AS$615,000 (RM2.58 juta), kata firma lelongan Christie’s kelmarin sekali gus memecahkan rekod beberapa bulan penjualan kasut sneakar bintang bola keranjang lain beberapa bulan lalu.

“Ini adalah kasut asal dengan serpihan kaca masih melekat pada tapaknya,” kata ketua jualan beg tangan dan kasut sneaker Chistie’s, Caitlin Donovan.

Jordan mendapatkan 30 mata ketika bermain dengan memakai kasut saiz 13.5 inci itu yang memiliki warna merah dan hitam seperti warna pasukannya, Chicago Bulls.

Walaupun lelongan itu memecahkan rekod jualan Mei lepas apabila sepasang sneaker Air Jordan 1 dijual pada harga AS$560,000 (RM2.34 juta), lelongan baharu itu gagal mengatasi harga anggaran antara AS$650,000 (RM2.72 juta) hingga AS$850,000 (RM3.56 juta).

Jualan itu membuktikan peningkatan mendadak harga barangan yang dikaitkan dengan Jordan sejak dokumentari mengenai bintang bola keranjang bersara itu disiarkan. Dokumentari berjudul The Last Dance itu menceritakan kisah Jordan bersama pasukannya, Chicago Bulls. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI