fbpx

Mayat lelaki terbaring di kaki lima bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat warga emas yang ditemui terbaring di kaki lima sebuah bank di Jalan Taib, Pontian, Johor hari ini.

PONTIAN – Orang ramai yang melalui Jalan Taib, di sini terkejut dengan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan siar kaki di bangunan sebuah bank di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, polis menerima laporan kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Ngeo Ah Lek berusia 66 tahun.

“Pemeriksaan dilokasi mendapati mayat dalam keadaan terbaring di bahagian tepi bangunan dengan kecederaan luka pada bahagian kepala dipercayai akibat terjatuh.

“Tiada sebarang saksi melihat kejadian tersebut yang tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan lanjut,” ujar dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, hanya maklumat daripada saudara mara yang menyatakan mangsa terjatuh.

Jelasnya, mayat dihantar ke Hospital Pontian bagi tujuan bedah siasat dan siasatan masih dijalankan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Mengikut sumber dari saudara-mara, lelaki terbabit masih bujang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” jelasnya.

Katanya, setakat ini polis mengklafikasikan kes ini sebagai mati mengejut.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI