KOTA BHARU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mencatatkan peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.1 peratus pada suku ketiga tahun lalu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, meskipun negara berdepan dengan penularan Covid-19, pertumbuhan itu dilihat positif terutamanya dalam sektor agromakanan.
“Sumbangan pertanian, khususnya sektor agro makanan kepada ekonomi dapat dilihat apabila berjaya mencatatkan pertumbuhan KDNK yang positif.
“Sebagai usaha menyokong pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Negara, satu Pelan Tindakan Dasar memberi lebih pilihan kepada petani untuk memohon skim pensijilan yang bersesuaian dengan kaedah penanaman dan juga jenis tanaman yang ditanam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program myGAP Tanaman Bukan Makanan di Jabatan Pertanian Kelantan, Lundang di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Mohd. Nasir Warris. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929