fbpx

Parti pembangkang tolak kepimpinan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA – Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama ahli-ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama parti-parti pembangkang terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Keadilan), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian dan Datuk Masir Kujat (Parti Sarawak Bersatu) serta Dr. Maszlee Malik (Bebas).

Kenyataan itu dimuat naik di laman Twitter Anwar sebentar tadi.

Kenyataan tersebut berkata, justeru itu adalah mustahil Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI