KUALA LUMPUR – Pelakon Eyra Hazali selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli.
Berita itu dikongsikan Haziq menerusi Insta Storynya sebentar tadi namun masih belum mendedahkan nama penuh bayi lelaki mereka yang digelar MHQ.
“Alhamdulillah terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih sayang.
“Papa dan mama sayangkan kamu, MHQ,” tulisnya.
Eyra,21, yang popular menerusi drama Mr. Grey mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 19 November tahun lalu. – K! ONLINE