fbpx

SMART SBB perkasa industri padi dan beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) komited memperkasakan industri padi dan beras negara menerusi program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).

Bernas dalam satu kenyataan berkata, SMART SBB adalah salah satu inisiatif bagi menyatukan tanah sawah untuk membentuk satu sistem pengurusan ladang berpusat.

“Sistem berpusat ini dilihat dapat mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada serta meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan
pengeluaran hasil padi negara.

“Bernas menyasarkan kawasan-kawasan yang mempunyai produktiviti rendah dengan mengunjurkan lonjakan hasil antara 40 hingga 60 peratus semusim,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Bernas, program itu juga seiring dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara iaitu sebanyak 75 peratus.

Kata Bernas, empat kawasan sawah berpotensi telah dikenal pasti adalah Batang Lupar, Sarawak; Sungai Batu Pahat, Perlis; Setiu Terengganu dan Kampung Kulambai, Kota Belud di Sabah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI