fbpx

Saya tidak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar – Shahrol Shiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrol meminta orang ramai berhenti menuduh dan mengaitkan dirinya dengan jenayah pemerdagangan manusia yang tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Itu bukan saya. Buktinya saya masih umur bawah 40-an”.

Itu jawapan ringkas pelawak dan pelakon Shahrol Shiro sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan dirinya dengan kes jenayah pemerdagangan manusia yang tular sejak semalam.

Shahrol menerusi Instagram menegaskan dia bukan individu tersebut dan memohon orang ramai tidak lagi mengaitkannya dengan isu terbabit.

“Beberapa sahabat bertanya adakah itu saya dan saya telah menjelaskan itu bukan saya.

“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen dan terus menuduh saya, saya tidak mahu kalian merangkak di padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa- dosa yang lain kerana saya telah memaafkan anda.

“Buktinya saya masih umur bawah 40-an. Muda kan?. Sekian terima kasih kerana mengambil berat pasal saya,” tulisnya.

Terdahulu, seorang pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani memaklumkan, pelawak yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.

Dalam serbuan tersebut, polis merampas sebuah kereta proton Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI