fbpx

Tiga ahli keluarga termasuk ibu Achey positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan Achey berhubung dengan ibunya yang dijangkiti Covid-19 menerusi panggilan video.

PETALING JAYA – Sudah jatuh ditimpa tangga. Demikian keadaan yang dilalui pelawak Achey apabila dia yang masih dalam proses penyembuhan akibat patah tangan baru-baru ini berdepan berita duka selepas tiga ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah menerusi Instagram semalam dengan memaklumkan tiga orang ahli keluarganya iaitu abang, kakak dan ibunya dijangkiti wabak tersebut.

“Bismillah. Ujian seterusnya tanda Allah sayang. Mak, Abang Ajip dan Kak Dewi. Pesakit Covid-19 sekarang. Doakan. Waktu untuk gandakan usaha,” tulisnya.

Ujar Achey, 35, dia agak ralat kerana tidak sempat mengusahakan urusan vaksin untuk keluarganya namun reda atas ketentuan yang berlaku.

“Satu persatu datang. Tak sempat usahakan vaksin untuk kalian. Tapi tak apa, saya tahu Allah sayang.

“Kuat atau tidak, kita usaha habis-habisan. Erti #lawan yang sebenar. Doakan mereka, kami dan kita kuat. Kalian jaga diri tau, waktu untuk reda dan bangkit,” katanya.

Achey turut memuat naik rakaman panggilan video bersama ibunya yang menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan.

Terdahulu pada 19 Julai lalu, Achey menjalani pembedahan pada tangan kiri selepas terjatuh dari motosikal semasa mengutip durian di kebunnya.

Insiden tersebut turut menyebabkan tulang pada tangan kanannya retak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI