PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing serta tidak terganggu dengan kemelut politik yang berlaku akhir-akhir ini.
Perdana Menteri berkata, jemaah menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.
Menurutnya, beliau juga akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.
“Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.
“Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah S.W.T dan kepada-Nya jua lah kita berserah,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929