fbpx

Parlimen akan tentukan kedudukan saya – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika berucap sewaktu menyampaikan perutusan khas di stesyen televisyen tempatan sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan statusnya sebagai Perdana Menteri hanya akan ditentukan oleh undi percaya yang akan dibuat oleh ahli-ahli Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang pada September ini.

Menurut beliau, keputusan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam sesi menghadap di Istana Negara.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah kerajaan akan dapat ditentukan mengikut undang-undang,” kata Muhyiddin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan sebentar tadi. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI