fbpx

[KEMASKINI] PM buat pengumuman khas 12.30 tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat satu pengumuman khas pada pukul 12.30 tengah hari ini di Pejabat Perdana Menteri.

Pengesahan itu dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri menerusi satu poster rasmi yang diedarkan di kumpulan WhatsApp media Perdana Menteri.

Pengumuman khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia dan beberapa saluran televisyen tempatan lain.

Beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dijadualkan berlangsung selepas itu dengan dihadiri menteri-menteri Kabinet lain termasuk Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI