KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.
Beliau dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui pintu 1 pada pukul 10.54 pagi.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba lebih awal di Istana Negara di Pintu 2 kira-kira pukul 9.30 pagi.
Kosmo! pagi tadi melaporkan krisis politik negara kembali panas sejak semalam selepas UMNO menerusi sidang akhbar Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan balik sokongan oleh parti itu terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini untuk membincangkan mengenai usul membabitkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929