Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki Pejabat Perdana Menteri, di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau tepat pukul 9.25 pagi itu selepas kenderaan yang membawa Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.
Manakala, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang turut hadir bagi menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali yang bermula pukul 10 pagi.
Mesyuarat terbabit bagi membincangkan situasi politik dan kedudukan kerajaan hari ini susulan tindakan UMNO memilih mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Difahamkan, mesyuarat Kabinet akan diadakan pukul 12 tengah hari selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929