fbpx

ASNB kongsi panduan urus kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad menerbitkan program berdurasi 10 minit, Sembang-sembang ASNB bertujuan mendidik masyarakat mengenai pengurusan kewa­ngan dan pelaburan.

Program 12 episod yang disiarkan oleh RTM itu akan mengupas topik-topik menarik berkaitan pengurusan wang individu termasuk mengenai a­liran tunai, hutang, insu­rans dan perwarisan menerusi perbincangan serta kupasan oleh ahli panel jemputan.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, menerusi program tersebut, ASNB telah menambah satu lagi sumber informasi mengenai pelaburan dan pengurusan kewangan di bawah teras Literasi Kewangan ASNB.

“Berdasarkan pengalaman kami ketika menganjurkan seminar dan bertemu orang ramai dalam pelbagai program anjuran ASNB sebelum ini, antara maklum balas yang kami terima ialah penyediaan maklumat mengenai pengurusan wang dan pelaburan tidak mencukupi.

“Jadi menerusi Sembang-sembang ASNB, kami harap orang ramai akan mendapat sedikit panduan bagaimana mereka boleh mengurus wang dan pelaburan dengan lebih berkesan untuk kehidupan yang lebih selesa,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Sembang-sembang ASNB akan bersiaran di TV1 RTM pukul 1.45 tengah hari setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu, manakala siaran ula­ngan akan disiarkan di TV Okey bermula 13 Ogos, setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 2.15 petang.

Kandungan tersebut akan turut di muat naik di Facebook dan YouTube Sembang-sembang ASNB serta laman web ASNB pada Khamis setiap ­minggu, bermula 5 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI