fbpx

Rossa belum ada calon suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSA

TEMPOH 12 tahun bergelar ibu tunggal tidak membuatkan popular seberang, Datuk Rossa terlalu serius memikirkan statusnya sebagai ibu tunggal.

Rossa yang terkenal menerusi lagu Ayat-Ayat Cinta berkata, dia belum menemui calon terbaik untuk dijadikan peneman hidup.

“Tidak untuk waktu sekarang, tetapi saya mungkin akan bernikah suatu hari nanti. Namun, sejujurnya saya belum memikirkan hal itu.

“Saya tidak tahu sama ada berasa trauma atau takut kerana banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Walaupun sudah 12 tahun hidup sebagai ibu tunggal, jujur saya belum ada calon lagi,” katanya yang kerap digosipkan menjalin hubungan dengan penyanyi Afgansyah Reza.

Tambah Rossa, dia yakin jodoh yang terbaik pasti hadir dalam hidupnya dan menyerahkan soal itu kepada Yang Maha Esa.

“Saya selalu berdoa agar Allah berikan jodoh yang terbaik, namun tidak pernah terburu-buru. Saya serahkan soal jodoh ini kepada takdir Ilahi,” kata bekas isteri gitaris popular Yoyo itu.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI