fbpx

Tiada pesakit duduk di lantai beralaskan kadbod di HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Najib berhubung kejadian pesakit terpaksa duduk di atas lantai dengan beralaskan kadbod.

KLANG – Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) di sini menafikan terdapat pesakit terpaksa duduk di atas lantai beralaskan kadbod di mana-mana kawasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu.

Pengarahnya, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, pesakit Covid-19 yang dipindahkan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma ke wad sementara yang bertempat di kompleks rawatan harian (ACC) pula berada dalam keadaan selesa kerana dilengkapi dengan pendingin hawa.

Katanya, sebaliknya sekiranya tiada katil yang mencukupi untuk menampung mereka, pesakit akan diletakkan di kerusi atau kerusi roda buat sementara waktu.

“Setelah semakan dan siasatan dibuat, tiada pesakit didapati duduk di atas lantai atau kadbod di mana-mana kawasan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

“Justeru, dakwaan berkenaan adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal tempatan semalam yang mendakwa bekalan dan peralatan perubatan yang tidak mencukupi di HTAR sebelum dikongsi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosialnya.

Zulkarnain menjelaskan jabatan berkenaan kini sedang menunggu pembukaan hospital lapangan di HTAR yang dijangka beroperasi dalam beberapa hari bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 yang agak ramai di hospital tersebut.

“Pihak hospital sentiasa mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada orang awam untuk penambahbaikan bagi memastikan akses kesihatan dan rawatan saksama kepada semua pesakit di HTAR,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI