fbpx

Pentas Olimpik sulung Shah Firdaus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS tidak sabar untuk bersaing dengan jaguh handalan dunia dalam acara pecut berbasikal trek Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai hari ini. – FB SHAH FIRDAUS

TIADA perkara lain terlintas dalam fikiran jaguh berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom selain bertekad untuk memberi segala-galanya menjelang aksi pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai hari ini.

Pelumba berusia 25 tahun itu akan membuat penampilan pertama di pentas Olimpik bersama mentornya, Datuk Azizulhasni Awang dalam acara pecut berbasikal trek di Velodrom Izu, Shizuoka.

Kedua-dua pelumba negara itu menggunakan basikal, WX-R Vorteq dan Shah Firdaus berasa sangat teruja untuk memulakan pertarungan bersama pelumba handalan dunia.

“Hanya beberapa jam sahaja lagi untuk saya berehat (tidur) sebelum membuat penampilan sulung di pentas Olimpik. Saya akan melakukan sehabis baik.

“Tumpuan setiap masa ter­arah kepada usaha tersebut. Insya-Allah, saya akan bersaing dan akan memberikan segalanya yang saya mampu. Semoga doa kalian (rakyat Malaysia) dapat menemani saya. Bismillah,” tulis pelumba dari Johor itu menerusi Facebook miliknya kelmarin.

Pada Mac lalu, Shah Firdaus membuat kejutan apabila mengatasi Azizulhasni untuk merangkul emas dalam Kejohanan Keirin Victoria di Australia.

Susulan kemenangan itu, Azizulhasni menerusi Instagram berkata, Shah Firdaus secara tidak langsung membuktikan betapa rakannya itu juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI