fbpx

Pirlo ‘bersihkan’ Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIGUAIN (kanan) tidak berada dalam perancangan Pirlo menyebabkan dia mungkin terpaksa meninggalkan Juventus musim depan. – AFP

TURIN – Kehadiran jurulatih baharu, Andrea Pirlo yang bakal menerajui Juventus musim depan menyaksikan dua lagi pemain veteran mereka bakal me­ninggalkan pasukan tersebut.

Sebelum ini, Blaise Matuidi melalui persetujuan bersama kelab itu membatalkan kontrak dan dua lagi pemain berkenaan, Gonzalo Higuain dan Sami Khedira juga telah diberikan kebenaran untuk meninggalkan kelab itu penghujung musim ini.

Ketiga-tiga mereka dikatakan tidak berada dalam peranca­ngan Pirlo yang dilantik menggantikan Maurizio Sarri yang dipecat selepas pasukan itu ter­singkir di pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara selepas tunduk kepada Olympique Lyon.

Pelantikan Pirlo agak mengejutkan kerana beliau baharu sembilan hari dilantik sebagai jurulatih pasukan bawah-23 ­(B­-23) Juventus sebelum itu.

Biarpun berjaya merangkul gelaran Serie A buat kali ke­sembilan berturut-turut, namun persembahan dipamerkan oleh Juventus musim ini merosot menyebabkan Pirlo diberi kebenaran untuk memberi nafas baharu buat pasukan itu.

Matuidi yang berbaki kontrak sehingga hujung musim depan memilih untuk meninggalkan pasukan itu selepas mendapat tawaran menyertai Inter Miami di Amerika Syarikat.

Higuain pula dikaitkan de­ngan perpindahan ke kelab lamanya di Argentina, River Plate, namun beberapa pasukan di Eropah masih menganggap dia adalah penyerang yang masih boleh menyumbang sesuatu untuk pasukan.

Sementara itu, Khedira pula dianggap pemain yang sudah tidak berguna kerana sering berdepan masalah kecederaan termasuk mengalami kecede­raan lutut selain dikaitkan de­ngan masalah jantung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI