LONDON – Wolverhampton Wanderers dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Juventus, Aaron Ramsey.
Pemain berusia 30 tahun itu dilihat bergelut untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad Juventus.
Menurut laporan, bekas pemain Arsenal itu dilamar Wolves untuk kembali bermain dalam Liga Perdana Inggeris.
Ramsey membuat 65 penampilan bersama Juventus dan menjaringkan enam gol sejak berpindah menyertai gergasi liga Itali itu pada tahun 2019.
Tambahan, semasa beraksi bersama Wales di Kejohanan Euro 2020, dia meluahkan kekecewaan bersama skuad The Old Lady itu.
“Dua musim terakhir di Juve amat memeritkan dan mengecewakan. Banyak faktor dan perubahan yang menyukarkan saya untuk menyesuaikan diri.
“Di peringkat antarabangsa sebaliknya, saya gembira mempunyai pasukan yang mengikuti saya selangkah demi selangkah.
“Mereka faham dengan apa yang saya diperlukan, namun malangnya kadangkala perkara sebaliknya boleh berlaku.
“Apabila pemain perlukan perhatian, sekurang-kurangnya ada orang yang membantu dan saya akan melakukan segalanya untuk mendapatkannya dalam pasukan serta buat saya rasa selesa serta yakin,” katanya.
Sementara itu, Tottenham Hotspur juga dikaitkan dengan perpindahan Ramsey dan jika dia bersetuju itu pasti agak mengejutkan kerana Spurs merupakan musuh tradisi kepada Arsenal yang menjadi pasukan yang pernah diwakilinya.
Spurs dipercayai terdesak untuk menguatkan bahagian tengah musim panas ini di mana mereka cuba sedang mencari pasangan yang sesuai untuk digandingkan bersama Pierre-Emile Hojbjerg. – AGENSI