fbpx

Kepantasan aksi lemaskan Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLETICO dilihat berdepan kesukaran mengimbangi aksi pantas Leipzig menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada pasukan dari Jerman itu. – AFP

LISBON – Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone mengakui RB Leipzig layak melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas pasukannya tewas 1-2 kepada pasukan itu pada aksi suku akhir awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jose Alva­lade itu, Leipzig mengejutkan Atletico menerusi jaringan Da­niel Olmo dan Tyler Adams sementara gol pasukan La Liga itu dijaringkan Joao Felix.

Meskipun kecewa dengan ke­kalahan itu, namun ­Simeone tetap bangga dengan aksi ke­seluruhan yang ditampilkan skuad kendaliannya sepanjang perlawanan tersebut.

“Kami sudah berikan segala-galanya pada perlawanan ini. Saya akui sukar untuk kami bersaing dengan Leipzig kerana mereka lebih pantas daripada kami.

“Saya akui kami sedikit tertekan selepas hampir 60 hari tidak beraksi. Kami gagal untuk menampilkan aksi seperti yang dimahukan dan tidak ada alasan lain atas kekalahan ini,” kata Simeone.

Pada masa sama, pengendali dari Argentina itu memuji barisan pemainnya kerana berjaya membawa Atletico ke suku akhir selain mengucapkan tahniah kepada Leipzig.

“Saya puji usaha semua pemain yang sudah bekerja keras untuk membawa kami ke pering­kat ini. Leipzig berhak untuk ke separuh akhir, jadi tahniah kepada mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI