fbpx

Hoy atlet tertua menang pingat Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOY meraih dua pingat pada saingan Olimpik kali ini. - AFP

ATLET ekuestrian Australia, Andrew Hoy menjadi atlet tertua memenangi pingat Olimpik setelah meraih pingat perak dalam acara ekuestrian berpasukan hari ini.

Hoy bersama rakan sepasukan Shane Rose dan Kevin McNab meraih pingat perak selepas skuad Great Britain meraih emas, manakala Perancis meraih pingat gangsa.

Selang beberapa jam kemudian, Hoy menambah koleksi pingatnya apabila meraih gangsa dalam acara jumping individu sekali gus menyaksikan dia mengumpul tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa sepanjang bertanding dalam saingan Olimpik.

“Ia sangat-sangat istimewa, kami tidak datang untuk bertanding semata-mata meraih tempat keempat, kelima atau keenam, kami mahukan pingat dan lihatlah kemenangan ini hasil usaha berpasukan.

“Saya mempunyai kuda yang hebat, saya tahu saya sudah bertanding dalam lapan sukan Olimpik tetapi saya melakukannya bersama Vassily de Lassos, ia merupakan antara kuda terhebat dunia,” katanya.

Kali pertama Hoy menyertai Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1984, dia meraih emas pada Sukan Olimpik Barcelona 1992 dalam acara berpasukan dan mempertahankannya pada Olimpik 1996 dan 2000.

Hoy juga memenagi pingat perak acara individu di Olimpik Sydney pada tahun 2000 selain dia juga bertanding pada Olimpik Athens 2004 dan Olimpik London 2012. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI