fbpx

Pasar Awam Bukit Mertajam ditutup lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Bukit Mertajam di Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Pasar Awam Bukit Mertajam di sini akan kembali ditutup buat kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan bermula Khamis ini selepas sekurang-kurangnya lima lagi kes positif Covid-19 dilaporkan ketika ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, kesemua individu yang positif itu iaitu peniaga dan pekerja yang telah membuat saringan di klinik swasta sebelum ini.

Katanya, tiga daripada mereka disahkan positif melalui ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik iaitu RT PCR manakala dua lagi kes dikesan positif hasil ujian Kit Ujian Pantas atau RTK Antigen.

“Sehubungan itu, MBSP mengambil inisiatif awal dengan mengarahkan semua peniaga di Pasar Awam Bukit Mertajam supaya menghentikan sementara operasi perniagaan selama tujuh hari bermula 5 hingga 11 Ogos ini atau sehingga dimaklumkan semula.

“Bagaimanapun, MBSP boleh membenarkan pekerja atau peniaga untuk membuka semula perniagaan mereka sekiranya mereka telah menjalani Ujian RT PCR atau RTK Antigen serta telah disahkan negatif,” katanya di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI