fbpx

Ramalan hujan sukarkan saingan MotoGP di Spielberg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI mengakui beraksi dalam keadaan hujan dan litar basah memberi kesukaran kepada pelumba. – AFP

SPIELBERG – Cuaca hujan yang diramalkan pada perlumbaan GP Austria di Litar Red Bull Ring menyebabkan banyak pasukan yang bertanding dalam Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) terpaksa mengharapkan keajaiban.

Litar yang dijangka basah dan licin itu menyebabkan beberapa pelumba seperti juara dunia tujuh kali MotoGP, Valen­tino Rossi dan pelumba Perancis, Fabio Quartararo mula risau mengenai potensi mereka untuk memenangi perlumbaan

“Pada perlumbaan musim lalu kami berdepan masalah terutama di selekoh pertama dan ketiga menyebabkan se­ring berlaku insiden kemalangan terutama melibatkan perlumbaan Moto2.

“Mungkin permukaan litar yang tiada cengkaman ditambah pula dengan faktor litar basah kerana hujan menyebabkan perlumbaan ini mencabar.

“Saya harap saingan pada hujung minggu ini akan berlangsung dalam keadaan kering atau pihak pengurusan litar mampu melakukan penambahbaikan untuk memberikan pelumba sedikit kelebihan,” kata Rossi.

Dalam pada itu, Quartararo mengakui sudah melakukan persiapan untuk menghadapi segala cabaran yang datang dan berharap mampu lakukan yang lebih baik jika terpaksa beraksi dalam cuaca hujan.

“Kami tiba di sini pada Isnin dan cuaca diramalkan hujan sepanjang hari di sini. Kami akan berusaha sebaik mungkin dalam apa jua keadaan sekali pun tetapi saya yakin ia bukanlah perlumbaan yang mudah dalam keadaan litar licin,” ujar­nya.

Quartararo mendahului carta kedudukan pelumba dengan meraih dua kemenangan pada musim ini di GP Sepanyol dan Andalusia.

Ketika beraksi di GP Republik Czech, pelumba berusia 21 tahun itu terpaksa berpuas hati di kedudukan ketujuh ketika pelumba rookie, Brad Binder me­raih kemenangan sulung buat pasukan KTM Red Bull. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI