fbpx

Rumah teres dijadikan ‘kilang’ proses arak tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan tong yang diubahsuai untuk dijadikan tempat memproses arak tiruan pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, Johor hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan kegiatan satu sindiket yang menjadikan sebuah rumah dua tingkat di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini sebagai tempat memproses dan penimpanan arak tiruan serta tidak bercukai.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan itu hasil serbuan sepasukan polis dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.

Ujarnya, dalam serbuan Op Kontraban itu, polis merampas 244 kotak arak pelbagai jenama dan pati arak dengan nilai termasuk cukai berjumlah lebih RM3 juta.

“Dalam serbuan ini, polis menahan dua suspek lelaki tempatan berusia 27 dan 41 tahun yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyeludupan minuman keras dipercayai arak tiruan.

“Serbuan yang dibuat bersama bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara turut menahan empat lelaki warganegara Myanmar berusia 29 hingga 37 tahun yang disyaki pekerja dalam premis tersebut,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Selain 244 kotak arak pelbagai jenama turut dirampas 20 tong pati arak 4,000 liter (l), dua barrel pati arak 400l, 43 botol pati arak dengan nilai termasuk cukai berjumlah lebih RM3 juta.

Turut dirampas ialah 20,000 keping pelekat Jabatan Kastam disyaki palsu, sebuah lori jenis Daihatsu Delta, sebuah kereta Nissan Cefiro, tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama serta peralatan memproses arak tiruan tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI