fbpx

Bendera terapung lokasi sembunyikan bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM mengangkat sauh yang digunakan untuk mengikat bubu naga disembunyikan nelayan di perairan dekat Pulau Trong.

PARIT BUNTAR – Penemuan bendera berwarna ungu merah yang dilihat terapung di laut rupa-rupanya menjadi lokasi menyembunyikan bubu naga untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Sebanyak 12 bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau dalam rondaan pada jarak 0.2 batu nautika barat di Pulau Trong Perak baru -baru ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, lokasi bubu itu dipasang dikesan setelah pihaknya menemui satu bendera berwarna ungu merah pada permukaan air di kawasan tersebut.

Menurut beliau, anggota yang melakukan rondaan merasa curiga sebelum melakukan tinjauan rapi dan hasil pemeriksaan di lokasi bendera itu menemukan sebanyak 12 set bubu naga di bawah permukaan air.

“Bubu berkenaan dirampas dan dibawa balik ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut. Anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM1,440,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI