fbpx

Trend pilih jantina gugat kadar kelahiran bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan gadis melemparkan kelopak bunga mawar pada bayi semasa festival 'El Colacho',' di Kampung Castrillo de Murcia, Sepanyol pada 18 Jun 2017. - AFP

GENEVA – Satu kajian terbaharu meramalkan pengurangan sehingga 4.7 juta bayi perempuan akan dilahirkan dalam tempoh 10 tahun akan datang di seluruh dunia.

Trend penurunan itu dipercayai berlaku berikutan amalan selektif jantina bayi di negara-negara yang mempunyai budaya mengutamakan bayi lelaki.

Para penyelidik meluahkan kebimbangan bahawa kecenderungan ibu bapa memilih jantina akan merosakkan kitaran sosial dalam jangka masa panjang.

Hasil penyelidikan itu meramalkan unjuran kekurangan jumlah anak perempuan  yang dilahirkan akan menyebabkan populasi lelaki melebihi wanita dalam satu pertiga populasi global menjelang 2030.

Keadaan tersebut membawa kepada peningkatan kes  buli  dan keganasan anti-sosial.

Kes pengguguran kandungan selektif berkaitan pemilihan jantina meningkat sejak 40 tahun lalu d negara-negara di tenggara Eropah, Asia Selatan dan Asia Timur dengan kesan demografi yang belum dipastikan.

Kajian oleh pasukan penyelidik antarabangsa itu menganalisis data daripada tiga bilion kelahiran sejak 50 tahun lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI