PASANGAN pelayar negara, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali berjaya menamatkan perlumbaan ke-10 acara International 470 wanita pada tempat ke-11 daripada 21 peserta di Zushi sebentar tadi.
Ia merupakan peningkatan prestasi yang cukup baik ditampilkan Nuraisyah dan Juni selepas sebelum itu menamatkan perlumbaan kesembilan pada tempat ke-17.
Situasi itu membantu Nuraisyah dan Juni menutup kempen Olimpik pada tempat ke-19 keseluruhan dengan menolak pasangan Argentina, Maria Belen Tavella dan Lourdes Hartkopf jatuh ke kedudukan ke-20.
Bagaimanapun, Nuraisyah dan Juni tidak layak ke perlumbaan penentuan pingat pada penampilan pertama mereka di pentas Olimpik kali ini. – K! ONLINE