fbpx

‘Abil paling degil, nak mengaji pun kena paksa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA masih terkesan dengan pemergian neneknya petang semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Nabila Huda ralat niat untuk menceritakan perubahan kembali belajar mengaji al-Quran kepada neneknya tidak kesampaian apabila insan tercinta itu meninggal dunia, petang semalam.

Akui pengacara Melodi itu, sejak kecil sehingga dewasa Allahyarham Fatimah Idris, 91, yang menjadi guru mengaji pertamanya tidak pernah berhenti mengingatkan untuk selalu membaca al-Quran.

“Tok Mah (panggilan untuk nenek) adalah cikgu mengaji. Dari Abil (Nabila) kecil sampai besar, apabila balik memang Tok Mah akan jerit suruh mengaji.

“Abil adalah pelajar yang paling degil dan malas. Nak mengaji pun kena paksa sampailah Abil habis mengaji dengan Tok Mah. Dia buat majlis khatam al-Quran ketika itu.

“Tak sangka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu, Abil kembali mengaji semula. Sepanjang Abil mengaji mesti teringat arwah sebab dulu degil nak mengaji, tapi sekarang rela hati tanpa kena jerit.

“Abil memang pasang niat lepas PKP nak jumpa dia sangat, nak cerita kat dia sebab Abil tau dia akan tersenyum cucu dia dah mengaji.Tapi itulah… Ralat. Tak dapat tunaikan hasrat,” luahnya dalam satu hantaran Instagram.

Begitupun, anak sulung Amy Search itu bersyukur masih dapat berbakti buat kali terakhir apabila berpeluang menguruskan jenazah arwah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

“Ciuman terakhir untuk Tok Mah kusayang. Dulu semasa Abil kecil, Tok Mah yang selalu mandi dan siapkan Abil.

“Hari ini dapat Abil siapkan atok, pakaikan wangi-wangian serta solat jenazah untuk atok.

“Tercapai hasrat Abil nak buat semua ini untuk kali terakhir. Tok Mah tunggu Abil di sana,” katanya yang tidak mampu menahan kesedihan.

Berkongsi perasaan, kata Nabila lagi permulaan bulan yang menyedihkan buat dirinya apabila kehilangan seorang lagi nenek tercinta tahun ini.

“Tahun lepas Abil kehilangan nenek kesayangan dan tahun ini kehilangan seorang lagi nenek kesayangan. Ini yang terakhir. Tak tahu bagaimana nak luahkan. Permulaan Ogos yang menyedihkan,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disebabkan sakit tua di rumah anak saudara di Kota Damansara malam kelmarin dan selamat dikebumikan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI