PETALING JAYA – Sejak negara dilanda wabak Covid-19, banyak individu yang kehilangan ahli keluarga akibat wabak tersebut.
Di media sosial Twitter, orang ramai mula menyatakan berapa ramai ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.
Hantaran yang dilakukan @Effi Saharudin itu telah mendapat lebih 1,081 ciapan semula dan 2,037 tanda suka.
Lebih menyedihkan, dia memaklumkan telah kehilangan sembilan ahli keluarganya akibat wabak Covid-19.
Orang ramai juga tidak ketinggalan untuk berkongsi berita sedih tersebut dengan menyatakan jumlah ahli keluarga yang telah pergi untuk selamanya.
Salah seorang pengguna @PakMatTempe menyatakan dia telah kehilangan lima orang ahli keluarganya manakala @jihaodt pula kehilangan seramai tiga ahli keluarga.
Sementara @summerHwasa menyatakan telah kehilangan dua orang membabitkan ibu saudara dan abangnya pada pagi ini.
Lebih memilukan, salah seorang pengguna @Solvy hereos berkata, dia baru kehilangan lima ahli keluarganya dalam masa terdekat dan seorang sedang bertarung nyawa di Hospital Sungai Buloh.
“Saya baru kehilangan lima orang ahli keluarga buat masa ini, satu masih kritikal di Hospital Sungai Buloh.
“Saya sedang bergelut untuk hidup ketika pandemik Covid-19. Ya Allah bantulah kami,” katanya.
Orang ramai menerusi hantaran tersebut turut mendoakan mereka yang telah pergi untuk selamanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929