fbpx

[VIDEO] Penyeludup PATI rempuh bot Maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang terjatuh laut berjaya diselamatkan anggota penguatkuasa pelbagai agensi.

KLANG – Tindakan nekad penyeludup merempuh bot Maritim Malaysia (APMM) hampir menyebabkan 19 pendatang asing tanpa izin ( PATI ) lemas dalam kejadian di kedudukan kira-kira 2.5 batu nautika barat Sungai Serdang Besar, Kapar di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika kesemua PATI yang menaiki sebuah tongkang kayu sedang menyusup keluar dari perairan negara menuju Indonesia.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Mohd Rosli Kassim berkata, tongkang tersebut yang bergerak tanpa sebarang lampu dikesan Bot Penggalang 41 Maritim Malaysia semasa rondaan bersepadu Op Benteng Laut dan Op Ehsan.

Katanya, sebaik dipintas bagi pemeriksaan didapati tekong tongkang itu telah bertindak agresif dan cuba meloloskan diri dengan merempuh bot Penggalang 41.

“Rempuhan tersebut telah menyebabkan kerosakan di bahagian sisi bot agensi kami namun semua anggota tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Impak rempuhan juga mengakibatkan tongkang tersebut karam di lokasi kejadian dengan kesemua 19 penumpang termasuk tekong jatuh ke laut sehingga hampir lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, bagaimanapun kesemua mangsa diselamatkan oleh anggota Penggalang 41 dengan bantuan dua aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan satu aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang juga turut serta dalam Op Benteng.

Mohd. Rosli menambah, pemeriksaan mendapati tongkang berkenaan membawa 19 warga asing termasuk tekong.

Dari segi pecahan melibatkan 16 lelaki dan dua wanita Indonesia selain seorang lelaki warga Pakistan berusia 20 hingga 45 tahun.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati 12 daripadanya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Manakala tujuh lagi mempunyai passport tanpa cop keluar atau masuk secara rasmi,” jelasnya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI