fbpx

‘Vaksin elak saya jadi lebih teruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIM semasa melengkapkan dua dos suntikan vaksin pada Mei lalu.

PETALING JAYA – Rata-rata individu yang masih lagi dijangkiti Covid-19 meskipun sudah menerima suntikan dua dos vaksin menyifatkan mereka kurang bergejala selain simptom dialami lebih ringan.

Seorang pekerja swasta, Ibrahim Mohamed, 37, berkata, dia yang dijangkiti Covid-19 pada 16 Julai lalu tidak mempunyai sebarang simptom berbanding rakannya yang belum menerima vaksin.

“Saya dijangkiti Covid-19 di tempat kerja meskipun sudah melengkapkan dua dos vaksin pada Mei lalu. Bagaimanapun, keadaan saya baik-baik sahaja dan tidak mengalami gejala te­ruk.

“Apa saya boleh katakan, vaksin itu telah selamatkan saya da­ripada jadi lebih teruk,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, dua lagi rakan sekerja yang turut di­jangkiti Covid-19 sama de­ngannya gagal bertahan selepas ­kedua-dua mereka telah meninggal dunia akibat pandemik itu.

“Malangnya, dua rakan saya yang masing-masing berusia 35 dan 53 tahun itu belum lagi me­nerima suntikan vaksin, sebab itu saya katakan, ia (vaksin) telah selamatkan saya daripada jadi lebih teruk,” jelasnya.

Menurutnya lagi, walaupun sudah lengkap divaksin, dia tetap patuh pada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan dirinya menjangkiti insan lain.

“Sudah lengkap divaksin tidak menjadikan diri saya lebih kuat berbanding orang lain, SOP kena sentiasa patuh kerana saya masih boleh jadi pembawa kepada orang lain,” jelasnya.

Bagi seorang lagi eksekutif swasta, Syamsurrijal Mahmud, 27, menyifatkan, simptom ­dialaminya yang sedang positif Covid-19 lebih ringan dan tidak teruk.

“Dalam rumah ketika ini ada 11 orang dan tujuh daripadanya positif termasuk saya, tetapi saya hanya mengalami demam ringan dan tidak mempunyai gejala lain yang berpanjangan.

“Berbeza ahli keluarga lain yang belum divaksin, simptom dialami lebih banyak termasuklah hilang deria bau, sakit kepala dan batuk berpanjangan,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI