fbpx

Rakyat rindukan lagu pembakar semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHD. RASDAN AHMAD
WARTAWAN EKSEKUTIF

WALAUPUN rakyat negara ini masih bergelut dengan pandemik Covid-19 serta ketidaksamaan pendapat dalam masalah politik, namun ramai yang masih bersatu dalam soal memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Inspirasi rakyat Malaysia ha­nya satu, iaitu untuk untuk memburu kilauan emas sulung pada temasya terbesar dunia itu.

Namun, di sebalik kesungguhan atlet-atlet negara, kita juga pastinya akan mengingati lagu-lagu penuh semangat yang di­cipta setiap kali Malaysia terlibat dalam penganjuran sukan utama.

Tanpa berselindung, ramai peminat sukan pastinya me­rindui lagu-lagu ‘semangat’ se­perti La Copa De La Vida yang di­nyanyikan Ricky Martin ketika Piala Dunia 1998 di Perancis.

Pasti ramai yang bersetuju jika dikatakan lagu inilah lagu terbaik yang pernah terhasil sepanjang penganjuran sukan dunia selain El Rock del Mundial nyanyian penyanyi Los Ramblers pada Pia­la Dunia 1962 di Chile.

Pasti ramai dalam kalangan kita juga terngiang-ngiang mengenai bait lagu berjudul Waka-Waka nyanyian Shakira ketika Pia­la Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Di Malaysia pula, kita tidak akan terlepas daripada me­nyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian ratu rock tanah air, Ella.

Lagu ini pertama kali didendangkan ketika upacara pembukaan Sukan Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ternyata, lagu yang ditulis liriknya oleh penulis lirik lagenda negara, Habsah Hasan dan lagu pula disediakan oleh dua komposer Datuk Wah Idris serta David Gates dari Amerika Syarikat itu menjadi lagu terbaik yang pernah mengiringi semangat kontinjen Malaysia pada kejohanan peringkat antarabangsa.

Malah, Ella pernah menyanyikan kembali lagu terbabit ketika upacara penutup kejohanan Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur.

“Pahit getir hidup dan pengorbanan, terpaksa dihadapi demi kejayaan, terdidik sejak mula tabah berusaha, tanpa cuba melangkah tak ke mana, di mana kau berada, pencapaian tak tiba dengan mudah, kini ‘Standing in the eyes of the world’, hanyalah selangkah dari nyata” adalah antara baik-bait lagu tersebut.

Ternyata lirik lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri sehingga turut sama menaikkan semangat semua atlet kebangsaan sehingga ke hari ini setelah dicipta lebih 20 tahun yang lalu.

Habsah Hasan ketika menjadi panel Dialog Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 24 Mei 2011 pernah berkata; “Pengalaman diri yang akan menyumbang kepada penghasilan lirik yang bagus.

“Tiada lagi nilai estetika Me­layu dalam lirik dan melodi lagu dewasa ini. Penulis lirik seperti melepaskan batuk di tangga. Lirik yang dihasilkan hanya untuk memenuhi tuntutan nota lagu yang disulami dengan penggunaan tatabahasa yang salah selain lirik tersebut gagal dihayati sepenuhnya.

“Penulisan lirik ibarat puisi atau cerpen. Pengalaman diri akan menyumbang kepada penghasilan lirik yang bagus. Kebia­saannya, lirik penuh seni dan sastera ini hanya muncul dalam lagu tradisional sahaja. Lirik adalah makanan rohani yang meresap ke dalam jiwa setiap penulis,” katanya.

Menurut penulis lirik ber­kenaan, penggunaan bahasa Melayu yang salah akan mele­nyapkan keindahan gaya sastera dalam lirik lagu tersebut.

Jika diamati secara dasarnya, tanpa penguasaan ilmu bahasa dan sastera dalam penulisan lirik, bermakna hanya melodi lagu yang diangkat dan nilai estetika sastera Melayu diketepikan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI