fbpx

5 kluster ziarah raya di Kelantan, Kedah dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kedegilan segelintir individu yang mahu meraikan Hari Raya Aidiladha dengan melakukan aktiviti ziarah mencetuskan lima kluster komuniti di tiga negeri.

Tiga daripada kluster itu dilaporkan di Kelantan iaitu Kluster Cabang Empat Chetok 2, Pasir Mas (18 kes), Kluster Kampung Dewan Kecil, Machang (10 kes) dan Kampung Kubang Telaga (16 kes).

Dua lagi kluster dilaporkan di Kedah dan Johor masing-masing Kluster Dah Kampung Tok, Kota Setar dan Kampung Raya Sagil, Tangkak dengan 39 kes dan 13 kes.

Laporan rumusan kluster yang dilampirkan bersama kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut Kluster Cabang Empat Chetok 2 melibatkan sekumpulan individu yang menghadiri majlis perkahwinan dan sambutan hari raya.

Kluster itu merupakan kluster berulang kali kedua yang dilaporkan melibatkan lokaliti sama di Kampung Cabang Empat Chetok.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan wanita berusia 32 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Julai lalu hasil saringan individu bergejala.

“Wanita itu bergejala pada 24 Julai lalu,” katanya.

Seterusnya ialah Kluster Kluster Kampung Dewan Kecil melibatkan sekumpulan individu yang menjalankan aktiviti ziarah di Kampung Dewan Kecil, Machang semasa musim perayaan.

“Kes indeks bagi kluster itu ialah wanita berusia 68 tahun yang dilaporkan positif pada 27 Julai lalu hasil saringan selepas mengalami bergejala dua hari sebelumnya,” kata rumusan itu.

Kluster Kampung Kubang Telaga pula melibatkan aktiviti ziarah di Kampung Kubang Telaga juga sempena raya.

“Kes indeks bagi kluster ini ialah wanita berusia 43 tahun yang dilaporkan positif pada 30 Julai hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Sementara itu, Kluster Dah Kampung Tok melibatkan aktiviti ziarah semasa perayaan di rumah kes indeks yang terletak di Kampung Tok Sulaiman, Kubang Jawi, Alor Janggus.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan positif pada 21 Julai lalu hasil saringan individu bergejala,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kluster Kampung Raya Sagil pula melibatkan individu-individu yang menjalankan aktiviti ziarah di Kampung Melayu Raya Sagil.

“Kes indeks merupakan lelaki berusia 37 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 hari ini selepas mula bergejala pada 20 Julai lalu,” katanya.

Kelima-lima kluster itu merupakan sebahagian daripada 29 kluster baharu yang dilaporkan hari ini termasuk 11 kluster komuniti yang merekodkan keseluruhan 293 kes. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI