fbpx

Maut langgar kereta buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di simpang tiga Kampung Lati, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U secara tiba-tiba di simpang tiga Kampung Lati, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Mat Zulfaiz Mat Zaid, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z maut di lokasi akibat parah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipandu warga emas dari arah Lati menghala ke Pasir Mas membuat pusingan U secara tiba-tiba.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah sama tidak sempat membrek sebelum merempuh bahagian kanan kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa tercampak ke hadapan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Pemandu kereta tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI