fbpx

Flashmob ‘Buka Parlimen, Tekan Hon’ gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua peserta flashmob 'Buka Parlimen, Tekan Hon!' memegang plakad dan bendera hitam di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Flashmob ‘Buka Parlimen, Tekan Hon’ yang dianjurkan pihak yang digelar Anak Muda Perak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Azlan Shah di sini gagal mendapat sambutan.

Hanya sembilan individu berkumpul pada pukul 4 petang dengan memegang kertas bertulis ‘PM letak jawatan’, ‘#kerajaan gagal’, ‘buka Parlimen, tekan hon tanda setuju’ dan ‘ lawan tetap lawan’.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Steven Tiw Tee Siang berkata, perhimpunan itu tanda protes kegagalan kerajaan menangani Covid-19 meskipun telah melaksanakan darurat.

Katanya, kerajaan juga dilihat gagal apabila tidak membenarkan wakil rakyat pembangkang dan bebas memasuki bangunan Parlimen hari ini.

Dia juga mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berada di lokasi bagi memantau keadaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI