fbpx

Bekalan darah HTAR cukup untuk lima hari sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota dan pegawai bomba menderma darah untuk HTAR hari ini.

KLANG – Bekalan darah bagi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini cukup untuk lima hari sahaja.

Pegawai Unit Komunikasi dan Korporat Jabatan Perubatan Transfusi Darah HTAR, Diyana Khairron berkata, ini terutamanya melibatkan darah jenis O, A dan B dengan orang ramai dirayu supaya menderma darah mereka.

“Kebanyakan darah ini digunakan oleh pesakit Thalassemia, Onkologi, Obstetrik dan Ginekologi serta rawatan Hemodialisis.

“Jadi, saya merayu kepada orang awam membantu kami dengan menderma darah dalam membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, jabatan tersebut turut menyalurkan darah penderma kepada beberapa hospital berdekatan seperti Hospital Shah Alam (HSA), Hospital Banting dan Hospital Tanjong Karang selain bagi kegunaan HTAR.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis memberitahu, seramai 100 anggota bomba secara sukarela menderma darah dalam menampung jumlah bekalan darah di HTAR.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI