fbpx

Program vaksinasi berbayar di Perak bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang kakitangan MHB menerima suntikan vaksin pada program PVP di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH – Program Vaksin Perak (PVP) atau Silver Vax yang dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Majuperak Holdings Berhad (MHB) menerima respons yang positif apabila sebanyak 150 syarikat swasta berminat untuk mendapatkan vaksinasi.

Silver Vax merupakan program vaksinasi berbayar khusus untuk syarikat swasta dan korporat dengan mengenakan caj sebanyak RM388 bagi setiap kakitangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Nizran Noordin berkata, kesemua syarikat berkenaan terdiri daripada pelbagai sektor industri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, inisiatif yang dijalankan di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan di sini sebagai pusat pemberian vaksin merupakan usaha dalam membantu mempercepatkan capaian imuniti berkelompok disasarkan kerajaan negeri.

“Selain syarikat korporat, PVP yang bermula hari ini juga memberi tumpuan pada industri pembuatan, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

“Kita menyasarkan kira-kira 300 penerima vaksin sehari bagi tempoh empat bulan bergantung kepada permintaan,” ujarnya kepada pemberita pada hari pertama Program Silver Vax di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan di sini.

Operasi hari pertama ini melibatkan para penerima vaksin yang terdiri daripada kakitangan MHB dan beberapa syarikat swasta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI