PETALING JAYA – UMNO akan memanggil Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada petang esok secara atas talian.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat tersebut diadakan bagi memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.
“Esok, 3 Ogos 2021 satu mesyuarat akan diadakan secara atas talian, UMNO amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara Istana dan Kerajaan.
“Bukan itu sahaja ia juga termasuk pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan Demokrasi Berparlimen,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929