fbpx

32 juta rakyat Britain bakal terima dos penggalak September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Britain yang telah menerima suntikan vaksin AstraZeneca akan menerima suntikan penggalak Pfizer atau Moderna. – The Sun

LONDON – Kira-kira 32 juta penduduk Britain bakal menerima dos penggalak melibatkan vaksin Pfizer yang bermula awal September ini, lapor akhbar The Sun semalam.

Kempen tersebut dijangka bermula pada 6 September dan berakhir  awal Disember 2021 sekira semuanya berjalan dengan lancar.

Bagi tujuan itu, purata  hampir 2.5 juta dos ketiga itu  bakal diberikan dalam masa seminggu dengan 2,000 fasiliti akan mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Suntikan itu akan diberikan kepada semua penduduk dewasa berumur lebih 50 tahun serta mereka yang berisiko tinggi.

Menurut laporan, kertas cadangan telah dibuat untuk memberikan vaksin Covid-19 tambahan itu bersama-sama dengan suntikan vaksin selesema.

“Begitulah perancangan kami sekiranya dapat dilaksanakan.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada nasihat akhir Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) serta ujian dos penggalak vaksin Covid-19,” kata seorang sumber kerajaan kepada akhbar The Telegraph.

Sebelum ini, laporan menyebut bahawa penduduk Britain berumur lebih 50 tahun yang telah menerima dua dos vaksin AstraZeneca akan menerima suntikan penggalak Pfizer atau Moderna pada musim luruh ini.

Ia akan diberikan bersama-sama suntikan vaksin selesema tahunan di Britain.

Vaksin AstraZeneca banyak digunakan terhadap penduduk warga emas Britain dalam program vaksinasi negara itu, bagaimanapun sumber berkata, kumpulan awal yang menerima suntikan tersebut akan menerima suntikan penggalak mRNA.

Bagaimanapun, AstraZeneca bukanlah vaksin jenis mRNA, tidak seperti Pfizer dan Moderna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI