IPOH- Sebanyak lima tan buah durian diagih-agihkan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Perak.
Agihan sama juga disampaikan kepada petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Pertanian negeri, Razman Zakaria berkata, sumbangan durian ini adalah penghargaan kepada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan dan usaha mereka dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19.
Menurut beliau, sumbangan tersebut juga dapat membantu pengusaha durian yang berdepan masalah memasarkan raja buah itu sekali gus mengelak lambakan.
“Kebetulan sekarang musim durian, jadi kita ambil inisiatif membeli durian dan agihkan kepada mereka para petugas ini.
“Pasaran durian kini terhad, sukar untuk dipasarkan keluar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, jadi kerajaan negeri bantu beli dan agih dengan cara begini ” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan durian kepada 260 petugas barisan hadapan di PPV Stadium Indera Mulia di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929