fbpx

Zulin ‘stress’, dakwa komen kepada Nana dimanipulasi, difitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULIN AZIZ secara peribadi menghubungi Siti Nordiana bagi menjelaskan maksud komennya yang dimanipulasi netizen.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga pengacara Zulin Aziz terkilan selepas mendakwa komennya berhubung nilai ganti rugi RM200,000 yang dituntut penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap lima individu baru-baru ini telah diputarbelit sehingga menjatuhkan fitnah terhadapnya.

Dalam satu hantaran berbaur sinis dalam Instagram, Zulin, 32, mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang sengaja memanipulasi kenyataannya sehingga mendatangkan kecaman hebat netizen terhadap dirinya.

“Terima kasih yang memfitnah saya. Terima kasih memanipulasi ayat saya dan terima kasih semua yang hina saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin turut berpendapat bahawa golongan negatif akan melihat sesuatu perkara secara negatif.

“Orang yang negatif akan sentiasa nampak benda negatif. Dia (masyarakat) tidak mahu faham, dia cuma nak hentam

“Percayalah, akan ada lagi manusia yang tetap dengan caranya dan pemahamannya walaupun tuan badan pun faham (merujuk kepada Nana) apa yang aku cakap. Tak marah pun kalau tidak setuju, tapi janganlah fitnah dan cakap benda yang tidak dicakap,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Zulin juga berkongsi tangkap layar mesej perbualannya bersama Nana. Secara peribadi, Zulin yang menganggap dirinya seorang sahabat kepada Nana meluahkan tekanan dihadapi apabila dituduh telah mengutuk pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu.

“Aku tertekan orang cakap aku kutuk kau. Cakap aku dengki, subhanallah. Tak mengapakah, Allah SWT tahu niat aku. Aku cakap sebaliknya.

“Aku pun minta maaf kalau ada apa-apa yang terasa. Aku bukan ‘team’ mana-mana. Sama juga aku cakap dekat Syura. Aku tak sokong dia buat ‘live’ itu,” ujarnya.

Luahan mesej itu kemudiannya turut dibalas Nana apabila dia menjelaskan bahawa dia faham atas apa yang terjadi.

“Aku faham. Aku pun minta maaf. Kau dah mesej aku (DM) pun aku rasa bersyukur sangat. Moga Allah SWT pelihara kita. Insya-Allah. Amin,” ujar Nana.

Semalam, Zulin menerima kecaman hebat oleh netizen selepas bertindak mempersoalkan nilai sama RM200,000 oleh Nana.

“Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubati hati yang terluka,” tulis Zulin pada ruangan komen sebuah portal hiburan digital.

Komen ringkas Zulin tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen selain menyifatkan  cemburu dengan tindakan saman tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI