fbpx

Nasib pemandu lori bunuh isteri, anak diketahui 19 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasib Satvender Singh yang didakwa membunuh isteri dan anaknya diketahui 19 Ogos ini

SHAH ALAM – Keputusan kes seorang bekas pemandu lori yang didakwa membunuh isteri dan anak perempuannya lima tahun lalu yang sepatutnya diketahui di Mahkamah Tinggi hari ini ditunda kepada 19 Ogos depan.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa dalam prosiding itu memberitahu, penetapan tarikh baru itu susulan masih memerlukan sedikit masa lagi untuk menyiapkan dokumen keputusan.

“Saya baru selesai buat tiga keputusan kes minggu lalu, jadi perlu sedikit masa untuk siapkan dokumen bagi kes ini,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Satvender Singh, 35, dituduh membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya, Ishilyn Kaur Sandhu, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14 April 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Sepanjang prosiding perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan 16 saksi manakala tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI