fbpx

Hidup berubah selepas hidap parkinson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DZULKARNAIN (tiga dari kanan) menerima kunjungan MyFundAction Volunteer Kelantan di Kampung Tok Dokang, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Kehidupan empat beranak di Kampung Tok Dokang, Banggol di sini terumbang-ambing selepas ketua keluarga itu disahkan mengalami parkinson atau gangguan saraf sejak enam tahun lalu.

Dzulkarnain Mohamad, 55, terpaksa melupakan kerjanya sebagai pembekal alat tulis di sebuah kedai apabila pergerakannya kurang stabil selain tidak mampu berdiri dalam tempoh lama.

Isterinya, Rohani Mat Zain, 48, berkata, keluarganya hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan wang kiriman dua orang anak mereka yang bekerja di luar Kelantan.

Katanya, sebelum ini, dia be­kerja di sebuah kantin sekolah, namun terpaksa berhenti ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kini, saya menjaga suami yang tidak dapat menguruskan diri sendiri seperti dahulu. Selain itu, saya juga perlu memantau persekolahan dua orang anak, Zulfikri, 14, dan Zuhaidah, 17.

“Sejak kebelakangan ini, kesihatan suami semakin merosot kerana tidak boleh berdiri dalam tempoh yang lama selain tangan, kaki dan badannya menggeletar sepanjang masa,” katanya di sini kelmarin.

Tambahnya, selain mengalami masalah kewangan, keluarganya juga kini tinggal di rumah usang di atas tanah milik orang lain.

Menurut Rohani, dia tidak mahu menyusahkan dua anak dengan meminta wang belanja kerana mereka juga bergelut untuk menyara keluarga mereka.

Prihatin dengan nasib keluarga itu, wakil MyFundAction Vo­lunteer Kelantan, Mohd. Shahrul Iman Saebon, 25, tampil memberi sumbangan bagi meringankan beban keluarga itu.

Orang ramai yang ingin membantu Rohani boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 03036020310469 atas nama Dzulkarnain Muhamad atau hubungi Rohani di talian 019-901 3913. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI