fbpx

Rojas cipta rekod dunia, raih emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROJAS melakukan catatan 15.67m sekali gus meraih pingat emas dan memadam rekod milik Kravets. - AFP

ATLET  Venezuela, Yulimar Rojas berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas acara lompat kijang wanita dengan catatan rekod dunia baharu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Rojas melakukan lompatan sejauh 15.67 meter (m) pada final di Stadium Olimpik sebentar tadi sekali gus memecahkan rekod dunia 15.50m yang dilakukan atlet Ukraine, Inessa Kravets di Gothenburg, Sweden pada 1995.

Lebih manis, ia adalah pingat emas pertama buat dirinya dan juga Venezuela di pentas Olimpik selepas memenangi tempat kedua sewaktu edisi Rio 2016.

Pingat perak lompat kijang wanita sebentar tadi pula dimenangi Patricia Mamona dari Portugal dengan catatan 15.01m.

Tempat ketiga menjadi milik atlet Sepanyol, Ana Peleteiro yang melakukan lompatan sejauh 14.87m sewaktu percubaan kelima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI