PELARI Itali, Lamont Marcell Jacobs mencipta kejutan apabila menjuarai 100 meter (m) Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekali gus menghadiahkan gelaran raja pecut pertama buat negara itu.
Jacobs muncul juara selepas mencatat masa 9.80 saat (s) pada final di Stadium Olimpik sebentar tadi menewaskan pemenang pingat perak dari Amerika Syarikat, Fred Kerley yang mencatatkan 9.84s.
Pingat gangsa pula dimenangi jaguh pecut Kanada, Andre de Grasse dengan catatan 9.89s. – K! ONLINE