SEBERANG PERAI – Sebanyak 5,000 pek pelbagai sayur-sayuran lebih 15 tan diagihkan kepada penduduk di sekitar daerah ini, bermula hari ini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng berkata, program bantuan segera itu diharap dapat meringankan beban penerima terutama mereka yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, pihaknya akan mengedarkan pek sayuran tersebut dengan bantuan 38 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) peringkat tempatan.
“Setiap bungkusan mengandungi kira-kira tiga kilogram (kg) sayur, manakala kita juga memberikan 15,000 keping pelitup muka dan 10,000 bungkus biskut kepada mereka yang memerlukan.
“Penduduk boleh datang ke sini untuk mengambil pek sayur-sayuran yang diperlukan secara pandu lalu juga,” katanya kepada pemberita di Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri di Kepala Batas di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri, Lay Hock Peng.
Selain dibawa dari Cameron Highlands dan beberapa lokasi lain, sayur-sayuran berkenaan turut disumbangkan oleh Persatuan Pekebun Sayur Pulau Pinang. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929