fbpx

Thailand bakal catat 40,000 kes sehari menjelang September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa petugas pengebumian sedang mengebumikan mayat pesakit Covid-19 di sebuah kawasan perkuburan di Narathiwat, 24 Julai lepas. – AFP

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand meramalkan negara itu bakal merekodkan lebih 40,000 kes Covid-19 dan 500 kematian sehari menjelang September jika penduduk gagal mematuhi peraturan perintah berkurung, lapor Thai PBS, kelmarin.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada model matematik komprehensif yang dibangunkan oleh Pemulihan Jangkitan Terdedah.

Menurut penasihat dan jurucakap kementerian, Dr. Rungruang Kitpati, model tersebut menjelaskan bahawa peningkatan jangkitan serta angka kematian semasa hanya dapat dikawal sekiranya setiap rakyat memberikan kerjasama penuh.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa ia akan mengambil masa lebih daripada dua ke empat minggu untuk menurunkan kes dan angka kematian sedia ada.

“Kematian dapat dielakkan dan lebih kurang penduduk akan dijangkiti sekiranya peraturan-peraturan sekatan dikuatkuasakan dengan tegas.

“Dalam masa yang sama, ujian saringan dan program vaksinasi besar-besaran perlu dipercepatkan,” katanya.

Tambah Rungruang, buat masa ini, Thailand perlu lebih berhati-hati kerana beberapa negara lain turut mencatatkan kenaikan angka kes Covid-19.

“Seramai 61.67 peratus daripada populasi Bangkok telah divaksinasi setakat ini dengan 70 peratus warga emas turut menerima vaksinasi mereka,” ujarnya.

Setakat kelmarin, Thailand merekodkan sebanyak 18,912 kes jangkitan baharu.

Susulan situasi yang semakin meruncing itu, sempadan Myanmar dan Thailand di sepanjang Kanchanaburi telah diarahkan tutup.

Perjalanan domestik ke Phuket turut dihentikan serta perkhidmatan kereta api tidur di Bangkok pula bakal dijadikan sebagai pusat kuarantin.

Selain itu, Kemboja turut mengumumkan rancangannya untuk melaksanakan perintah berkurung di lapan wilayah bersempadan dengan Thailand.

Kerajaan Thailand telah menerima 1.5 juta dos pertama vaksin Pfizer sumbangan Amerika Syarikat dengan 700,000 dos yang akan digunakan sebagai dos penggalak bermula 9 Ogos ini.

645,000 dos akan diedarkan ke 12 zon merah untuk individu berusia lebih dari 60 tahun, pesakit kronik, kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas, wanita hamil 12 minggu ke atas dan golongan obesiti dengan berat melebihi 100 kilogram.

150,000 dos dikhaskan untuk warga asing berisiko tinggi dan pelajar atau mereka yang perlu melakukan perjalanan ke luar negara. 

Manakala baki 5,000 dos yang tidak digunakan akan disimpan bagi tujuan penyelidikan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI