fbpx

Talian MPSepang Sejahtera bantu golongan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid.

CYBERJAYA – Penduduk di daerah ini yang terkesan dan terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 boleh mendapatkan bantuan dengan menyalurkan maklumat di Talian MPSepang Sejahtera yang dibuka esok.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk usaha itu yang bakal memanfaatkan seramai 900 hingga 1,000 isi keluarga dengan penyaluran bantuan dibuat dalam tempoh 48 jam.

“Ia sebagai salah satu medium berbentuk talian panggilan diwujudkan dalam usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Saya amat yakin bahawa golongan tersebut amat memerlukan bantuan dan perhatian dari segi sumber kewangan atau pelbagai bentuk bantuan bagi menampung kelangsungan sara hidup sekali gus memastikan kesejahteraan dan kebajikan mereka terjaga,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, fungsi talian sedia ada di MPSepang melibatkan talian aduan dan perkhidmatan majlis akan diperluaskan skopnya bagi mengenal pasti permasalahan masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, dengan adanya talian itu, ia akan membolehkan pemusatan maklumat bagi bantuan makanan, keperluan asas, kesihatan dan kewangan disalurkan kepada agensi-agensi berkaitan.

“Talian ini tidak akan mengurangkan fungsi saluran bantuan sedia ada dan fungsi JPP zon sebagai medium untuk penduduk daerah Sepang dalam memohon bantuan,” katanya.

Sebarang pemberitahuan mengenai permohonan dan penyaluran bantuan adalah melalui nombor talian Hotline MPSepang 03-83190200 atau 03-83190300, WhatsApp (019-2826533) dan khidmat pesanan ringkas (15888). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI