fbpx

Budak lima tahun jadi anggota bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Yusuf bersama Penolong Penguasa Bomba, Faizal Ahmad selepas dia menerima jentera kecil bomba dalam program Make A Wish di Taman Eka Matahari, Bandar Enstek, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPMNS) menunaikan hasrat dan impian seorang kanak-kanak yang menghidap kanser leukemia sejak hampir setahun lalu untuk menjadi seorang anggota bomba.

Muhammad Yusuf Aizul Izan, 5, disahkan menghidap kanser leukemia jenis Pre Blood Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) ketika berusia empat tahun.

Menurut ibunya, Norliyana Ismail, 31, anak sulungnya itu amat meminati pasukan bomba sehinggakan mempunyai kesemua permainan berkaitan dengan unit beruniform tersebut.

“Dia sering meminta kami belikannya permainan berkaitan bomba, sejak itu kami perhatikan minatnya.

‘Kemudian ketika Muhammad Yusuf mendapatkan rawatan, terdapat satu program Make A Wish yang dikendalikan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kami dimaklumkan boleh memenuhi impiannya itu.

“Menerusi program itu, NGO terbabit dan pasukan bomba telah memberikan sebuah jentera kecil bomba dan pakaian badan beruniform tersebut kepada Muhammad Yusuf,” katanya ketika ditemui di Taman Eka Matahari, Bandar Enstek, dekat sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI